Laman Web Rasmi Persatuan Pegawai PERKESO

NSTP Fund for Gaza RM10,500 aid from firm, Socso employees

Thursday, February 5, 2009

NSTP Fund for Gaza RM10,500 aid from firm, Socso employees
By : Rina De Silva
Email to friend Print article


KUALA LUMPUR: The NSTP Fund for Gaza received another boost yesterday with a RM5,000 contribution from 10-month-old company, Golden Corporate Heritage, and RM5,420.50 from the Social Security Organisation employees.

Golden Corporate Heritage's managing director Hesham Fathi handed the cheque to NSTP's director for advertising sales, Badrol Hisham Mahzan, at Balai Berita.Hesham hoped his company's contribution would be used to help children who have been hard hit as a result of the Gaza war.The contribution by Socso was collected by the organisation's Council for Socso Officers Association who placed collection boxes at various locations at Menara Perkeso, Socso's headquarters.
The council's vice-president, Rahim Mohamad, and three other council members presented the cheque to NSTP's senior marketing manager Wan Abdillah Wan Nawi.
The fund was launched on Jan 5 and more than RM7.2 million has been collected. To date, RM5 million of the amount has been handed to a Palestinian humanitarian fund to help rebuild the war-torn country. Another RM500,000 was handed to Mercy Malaysia for the supply of medicines to help the victims of the Gaza war.
The NSTP fund was set up to aid Palestinians in the Gaza Strip, following Israeli attacks in the territory. The deadline to contribute to the fund has been extended to March 7. Those who wish to donate can: - Bank in or transfer money to Maybank account number 514105-320501 under the name NSTP Fund for Gaza;- Write a cheque payable to the NSTP Fund for Gaza and send it to The New Straits Times Press, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur; or- Cash donations can be handed to the cashier at Balai Berita or to any NSTP branch office nationwide.

Read more...

Courtesy Visit Persatuan Ke Pejabat Ketua Eksekutif

Friday, January 16, 2009



Oleh Mohd Razmi Bin Haji Khalid

Satu lawatan kunjungan hormat AJK Persatuan Pegawai dengan Ketua Eksekutif PERKESO telah diadakan pada 16 Jan 2009. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memperkenalkan AJK Persatuan Barisan Baru untuk sesi 2009-2010 kepada Ketua Eksekutif .

Sesi pengenalan barisan AJK Persatuan ini telah diketuai oleh Presiden Persatuan, Encik Mohd Rosdi Bin Mat Yasin dengan memberikan ucapan sepatah dua kata tanda terima kasih dan penghargaan di atas kesudian Ketua Eksekutif meluangkan masa dalam majlis berkenaan. Presiden turut memaklumkan bahawa aktiviti pertama yang telah diadakan oleh Persatuan adalah mengadakan kutipan Tabung Untuk Gaza yang telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 8 Januari 2009.

Ketua Eksekutif turut melahirkan rasa sedih dengan tindakan kejam askar rejim Israel ke atas Palestin dan beliau menyatakan bahawa niat dan keprihatinan kita semua adalah berasaskan rasa simpati dari segenab hati.

Ketua Eksekutif juga mengucapkan tahniah kepada barisan AJK yang telah dipilih oleh ahli melalui ketelusan sistem demokrasi. Beliau berharap seluruh ahli Persatuan dapat bekerja secara berkumpulan dan merapatkan kembali jurang yang ada kerana Barisan AJK Persatuan baru ini adalah bertanggungjawab menjaga kebajikan ahli secara keseluruhannya. Di samping itu, beliau turut berharap agar AJK Persatuan dapat meningkatkan profesionalisma Para Pegawai PERKESO baik dari kaca mata orang awam mahupun anggota PERKESO demi memelihara imej organisasi. Beliau juga menekankan bahawa barisan AJK Persatuan Pegawai adalah mewakili Pengurusan Atasan yang turut mencerminkan semua peringkat anggota di PERKESO.

Di akhir kunjungan hormat, Presiden sekali lagi merakamkan rasa terima kasih di atas kesudian Ketua Eksekutif menerima kehadiran barisan AJK Persatuan dan beliau turut berharap agar Ketua Eksekutif sentiasa memberi nasihat serta pandangan dalam usaha menggerakkan agenda Persatuan.

Read more...

Perbincangan Mengenai Skim Perkhidmatan Dengan Bahagian Sumber Manusia Pada 16 Januari 2009

Wednesday, January 14, 2009

Oleh Johari Bin Tarmuji

Kepada yang berkenaan,

Dimaklumkan tempat perbincangan/mesyuarat adalah di Bilik Lembaga 2. Jam 9.00 pagi.

Sekian, Harap Maklum

Read more...

Download Borang Keahlian Persatuan

Tuesday, January 13, 2009

BORANG KEAHLIAN PERSATUAN



Borang keahlian boleh diperolehi dengan tatacara berikut:-
1.Klik kanan pada imej borang di atas dan save picture as ATAU klik kiri pada imej di atas dan save as.Namakan fail anda dan simpan
2.Buka fail tadi dan print imej borang.
3.Lengkapkan borang dan hantar kepada Setiausaha Kehormat Persatuan En Johari Tarmuji.

Read more...

RM4760.50 Berjaya Dikutip

Teks Pengumuman di PA System


Adalah dimaklumkan, Kutipan Bagi Tabung NSTP untuk Gaza yang diadakan semalam telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM4,760.50 sen.

Sumbangan derma ini akan diserahkan ke Pihak NSTP oleh pihak Persatuan secepat mungkin.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Pegawai PERKESO mengucapkan ribuan terima kasih kepada sumbangan Tuan Puan dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik Tuan Puan ini.

Sumbangan ke atas tabung ini masih lagi dibuka dan Tuan/Puan boleh memberikan sumbangan tersebut kepada Bendahari Persatuan Pegawai, Puan Azlina Ahmad di tingkat 10, Bahagian Sumber Manusia.

Sekian, terima kasih.

Read more...

Kutipan Derma Tabung Gaza

Thursday, January 8, 2009

Presiden Persatuan sedang memasukkan sumbangan ke dalam tabung

Persatuan telah melancarkan Tabung Kutipan Derma Gaza bagi membantu mangsa serangan puak zionis Israel ke atas Palestine pada hari ini.

Teks Pengumuman di PA System Ibupejabat

Di atas keprihatinan kita kepada mangsa keganasan Zionist Israel di Tebing Gaza, Satu kutipan derma kilat oleh Persatuan Pegawai PERKESO akan diadakan pada hari ini mulai jam 2.30 petang ini. Tabung tersebut akan diedarkan dari tingkat ke tingkat di Menara PERKESO.

Sehubungan dengan itu, marilah kita semua menderma seberapa ikhlas kepada mangsa keganasan Zionist Israel di Tebing Gaza bagi membantu dari segi material dan semangat kemanusiaan sejagat.

Kutipan derma Tuan/Puan melalui tabung ini akan diserahkan kepada Tabung NSTP untuk Gaza oleh pihak Persatuan Pegawai PERKESO nanti.

Sekian, terima kasih.

Read more...

Aktiviti Persatuan

Wednesday, January 7, 2009

AKTIVITI PERSATUAN PEGAWAI PERKESO 2009

Aktiviti yang telah diadakan/dihadiri sehingga hari ini.

1. Berita AJK Baru Persatuan Pegawai PERKESO di MyPerkeso pada 10 Disember 2008.

2. Timbalan Presiden dan Setiausaha telah menghadiri Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan, Kementerian Sumber Manusia pada 18 Disember 2008.

3. Timbalan Presiden dan Wakil AJK menghadiri jemputan ke Majlis Perasmian Karnival Sukan dan Hari Keluarga PERKESO Zon Utara di Teluk Intan pada 19 Disember 2008.

4. Mesyuarat Persatuan Pegawai PERKESO Bil 1/2009 telah diadakan pada 6 Januari 2009.

Aktiviti yang akan diadakan

1. Mesyuarat AJK Kecil akan membincangkan mengenai Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2008 JPA : Kadar Cuti Rehat Tahunan dan Tawaran Opsyen Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam pada 13 Januari 2009.

2. Perancangan Aktiviti-Aktiviti lain-lain akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang dalam masa terdekat.

Read more...

Mesej Persatuan

Hubungi Kami

Aras 7 No 281 Menara PERKESO
50538 Jalan Ampang KL
Tel: 42645000
Email: persatuanperkeso@yahoo.com

Setiausaha Kehormat Persatuan
En Johari Tarmuji
d/a Bahagian Perancangan Dan Hal Ehwal Korporat
Tingkat 18,Menara PERKESO
281 Jalan Ampang
50538 Kuala Lumpur

TEL: 03 426455077
H/P : 012 9247748
FAX: 03 42567798
EMAIL: johari.tarmuji@perkeso.gov.my

Live Traffic Feed

  © Design By SHAZALI JANI CO by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP